Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Meningkat

Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Meningkat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian bertambah 61 kes lagi hari ini dengan jumlah keseluruhan 769 KES.

Walaupun berlaku penurunan kes baharu di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan tersebut adalah dalam skala yang kecil sahaja.

“Penurunan kes baharu tidak dapat mengimbangi kenaikan kes baharu di daerah-daerah lain…

“Kebiasaannya kedudukan kes harian di ketiga-tiga daerah ini menjadi penentu kepada pergerakan turun-naik jumlah kes harian bagi negeri Sabah,” katanya dalam rumusan harian.

Namun bagi hari ini daerah-daerah seperti Papar 60 (+28), Beaufort 57 (+10), Kota Belud 33 (+17), Keningau 31 (+9), Tambunan 29 (+10) dan Putatan 28 (+9) adalah antara penyumbang kepada jumlah kes yang lebih tinggi di Sabah berbanding kelmarin.

Lima (5) kes hari ini berada dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan enam (6) lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 175 (202)
Penampang – 66 (70)
Tuaran – 64 (70)
Papar – 60 (32)
Beaufort – 57 (47)
Tawau – 48 (41)
Kota Belud – 33 (16)
Keningau – 31 (22)
Tambunan – 29 (19)
Putatan – 28 (19)
Sandakan – 23 (23)
Kota Marudu – 23 (22)
Kuala Penyu – 20 (8)
Ranau – 16 (5)
Tenom – 15 (19)
Beluran – 13 (15)
Sipitang – 12 (32)
Lahad Datu – 11 (9)
Pitas – 9 (7)
Kudat – 9 (10)
Kinabatangan – 8 (8)
Tongod – 6 (1)
Telupid – 5 (4)
Nabawan – 3 (3)
Kalabakan – 3 (2)
Kunak – 2 (2)
Semporna – 0 (0)