Kes Hina Mahkamah: Prosiding Komital Shafie Ditangguh

Kes Hina Mahkamah: Prosiding Komital Shafie Ditangguh

0
SHARE
Screenshot

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan prosiding menghina mahkamah yang melibatkan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, selepas membenarkan sebahagian bantahan awal yang dikemukakan pihak pembelaan terhadap permohonan komital yang difailkan terhadapnya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan berhubung bantahan awal yang mencabar permohonan komital berkaitan dakwaan kenyataan Shafie berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Mahkamah memutuskan prosiding komital tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan kehakiman yang difailkan bagi menghentikan inkues berkenaan, memandangkan hasil semakan itu berpotensi memberi kesan langsung terhadap kes menghina mahkamah tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menolak satu lagi bantahan awal yang dibangkitkan pihak pembelaan berhubung isu bidang kuasa, iaitu sama ada Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Koroner merupakan forum yang sesuai untuk mendengar prosiding menghina mahkamah itu.

Sehubungan itu, prosiding komital tidak akan diteruskan buat masa ini sehingga keputusan semakan kehakiman diputuskan oleh mahkamah berkaitan.

Mahkamah menetapkan 27 Mac ini untuk sebutan semula kes secara dalam talian melalui Zoom, dengan kehadiran Shafie dikecualikan.