Ketua Jabatan Dan Agensi Mencerminkan Tahap Kecekapan Kerajaan Sabah Di Mata Rakyat...

Ketua Jabatan Dan Agensi Mencerminkan Tahap Kecekapan Kerajaan Sabah Di Mata Rakyat – PRESBAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, sABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Negeri Sabah (PRESBAH) menyambut baik peringatan tegas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor kepada semua Ketua Jabatan dan agensinya kelmarin.

Perkara itu berhubung tindakan wajar yang akan diambil kepada ketua yang bersifat lemah justeru menjadi punca penyumbang kepada kegagalan kerajaan dimata rakyat.

Semua ketua jabatan harus dituntut kena melaksanakan tanggungjawabnya secara amanah, cekap dan berkesan kata Presiden Presbah, Yahya Ahmad.

“Inilah isu sebenar yang kita lihat membawa cerminan negatif kepada pencapaian mana-mana kerajaan pun dan selama ini menjadi rungutan rakyat Sabah…

“Jangan lagi ada apa-apa bentuk gangguan saat negeri kita perlukan perubahan dan rakyat memerlukan muafakat semua pihak menunjuk pengorbanan ibadah,” katanya.

Beliau menekankan aspek perlaksanaan projek dibawah peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah tidak boleh dibiarkan tertunggak.

“Kita juga berpendirian sama tidak mahu pelbagai projek yang diluluskan Kerajan Persekutuan sehingga bulan Ogos ini masih diperingkat pra pelaksanaan sedangkan masa itu jika dipacu, semua pelan dilunaskan siap berjalan mengikut garis jadual sasaran…

“Kelancaran itu impaknya adalah kepada rakyat Sabah yang akan mendapat kemudahan dan kesejahteraan selain memudahkan sektor swasta untuk sama berkembang menyumbang kemajuan,” katanya lagi.

Yahya berharap peruntukan sebanyak RM1.459 billion daripada RM4.517 billion yang telah diluluskan dan dibelanjakan dibawah pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) sehingga bulan Ogos ini dapat menunjukkan prestasi yang membanggakan.

“Lebih utama segala peruntukan besar yang kita dapat dan telah belanjakan sekurang-kurangnya sasaran keutamaan masalah kita di Sabah selama ini dirungutkan dapat ditampung lapang berperingkat dan kesejahteraan rakyat bergerak membangun terbela…

“Makanya kerajaan dan semua pengurusan jabatan dan agensinya kena selari niat dan matlamat serta kecekapan.

“Bukan saja kerajaan, malah semua pihak kena ada rasa kerisauan besama dan kena ada keinginan bersama, supaya kesusahan negeri dan rakyat kita yang masih serba mundur dan miskin harus perjuanganya bulat sehala diberi fokus,” kata beliau dalam sebuah kenyataan hari ini.