Ketua Menteri, Isteri Hadiri Sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu

Ketua Menteri, Isteri Hadiri Sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh harmoni itu turut diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, barisan Menteri Kabinet, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), konsul kehormat dari negara asing serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan jamuan Aidilfitri yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional, diiringi persembahan yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Acara kemudian diteruskan dengan sesi bergambar bersama Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan sebagai simbol penghargaan serta kenangan kepada para tetamu yang hadir.