KETUA MENTERI RASMI PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANTARABANGSA FCAS 2022

KETUA MENTERI RASMI PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANTARABANGSA FCAS 2022

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan replika cek sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM250 ribu kepada Presiden FCAS, Tan Sri T.C.Goh sempena Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2022 di Teluk Likas,Kota Kinabalu, hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
melancarkan pembukaan rasmi Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan
Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2022 Ke-Tujuh di Teluk Likas, Kota Kinabalu, hari
ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri
sebanyak RM250 ribu kepada FCAS…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Presiden FCAS, Tan Sri T.C.Goh selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2022 di Teluk Likas, Kota Kinabalu, hari ini…

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang perlumbaan itu.
Lebih 130 pasukan menyertai perlumbaan itu termasuk diri Sarawak, Semenanjung Malaysia dan negara Filipina.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk
Ir Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar,
Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Negeri, Datuk Isnin Haji Aliasni, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Encik
Hendrus Anding, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi
Fang, Presiden FCAS, Tan Sri T.C.Goh dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk
Noorliza Awang Alip.