KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di kediaman rasminya di Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal diiringi oleh Naib Ketua Armada Bersatu Nasional, Encik Ceasar Mandela Malakun.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menerima kunjungan hormat daripada Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Senator Ir.Ts.Haji Khairil Nizam Khirudin.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pemuda PN, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukur, Ketua Armada Bersatu Negeri Sabah, Encik Fairuz Renddan, Naib Ketua Armada Nasional, Encik Ceasar Mandela Malakun, Ketua-Ketua Pemuda sayap parti komponen PN, Encik Rizal Johari (STAR), Jamain Sarudin (SAPP), Naib Ketua Armada Bersatu Negeri, Encik Rafie Robert dan Bendahari Admada Bersatu Negeri, Mohd Ghazali Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.