KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang mengesan TIGA (3) individu lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan.
Dalam kes pertama, lelaki tersebut, Simon Gacou Fabian, 51, pemegang kad pengenalan 700904-12-5015 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, 87000 Labuan.
Selain itu, turut dikesan ialah Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, pemegang kad pengenalan 851016-12-5605 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Purak, 89600 Papar, Sabah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Jennifer Christopher di talian 016-203 8172 / 088- 488381 atau emel ke alamat jennifer@sprm.gov.my.
Sementara itu dalam kes kedua, lelaki yang dikesan ialah Mohd Nazim AG Abdullah, 45, pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 dan mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat rajin@sprm.gov.my.
Sumber SPRM Sabah berkata Mohd Nazim dikehendaki membantu siasatan kes kerja kerja naik taraf sebuah sekolah di sini, manakala dua lelaki disebut terlebih dahulu itu bagi sebuah kes di bawah Akta SPRM 2009.