BANGLADESH – Sekurang-kurangnya 50,000 orang telah melarikan diri apabila satu kebakaran besar melanda Kem pelarian Rohingya yang cukup luas kawasan itu.
Peristiwa itu menyebabkan kerajaan Bangladesh telah melancarkan penyelidikan terhadap kebakaran yang mana TUJUH (7) orang disyaki maut dalam kebakaran terbesar yang melanda penempatan kem pelarian itu setakat ini.
Dianggarkan hampir 1 juta minoriti Muslim dari Myanmar hidup dalam keadaan sempit dan tidak bermaya di kem pelarian itu yang bertempat di daerah Cox’s Bazar kerana melarikan diri daripada tindakan keras tentera di tanah air mereka pada tahun 2017.
Pegawai di Bangladesh mengatakan bahawa kebakaran yang berlaku Isnin baru-baru ini dipercayai bermula daripada salah satu 34 kem di kawasan tersebut yang dianggarkan berkeluasan 8,000 ekar (3,237 hektar) tanah, sebelum merebak ke dua kem lain.
Polis setakat ini mengesahkan hanya DUA (2) kematian setelah berjaya menemukan mayat. Tetapi saksi Rohingya mengatakan beberapa orang telah mati dalam kebakaran itu.
Ketua Bomba tempatan, Shahdat Hoassain mengatakan kepada AFP; “Kami telah mengetahui bahawa tujuh orang telah mati termasuk dua anak, seorang wanita dan empat lelaki dewasa.”
Berdasarkan petikan video yang tular di laman media sosial, dapat dilihat asap tebal dapat meletus di kawasan kem pelarian yang terbakar itu dengan beratus-ratus anggota bomba serta pekerja bantuan berusaha memadamkan api.
VIDEO tular yang jelas menunjukkan suasana kebakaran di Kem Pelarian Rohingnya di Bangladesh… (Sumber Video: The Guardian)
Beberapa saksi turut mengatakan pagar kawat berduri di sekitar kem telah memerangkap banyak orang untuk melarikan diri daripada kebakaran itu yang mana menyebabkan beberapa orang telah menjadi korban.
Organisasi kemanusiaan Refugees International bahawa banyak kanak-kanak hilang dan “ada yang tidak dapat melarikan diri kerana kawat berduri dipasang di kem.”
Gazi Salahuddin, seorang Pegawai Penyiasat Polis mengatakan api pada awalnya kecil dan terbatas pada jalur sempit, tetapi api kemudiannya marak cengan pantas dan merebak terus ke kem lain setelah silinder gas yang digunakan untuk memasak meletup.
Memetik laporan AFP, seorang lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Mohammad Yasin berkata dia telah membantu memadamkan kebakaran, tetapi api masih marak lapan jam selepas ia bermula dan merupakan yang terburuk yang pernah dilihatnya sejak 2017.
Seorang sukarelawan Save the Children, Tayeba Begum, berkata “orang menjerit dan berlari ke sana sini [dan] kanak-kanak juga berlari berserakan menangis untuk keluarga mereka.”
Sementara itu, pihak kerajaan Bangladesh menyarankan para penghuni lain di kem pelarian itu untuk pindah ke sebuah pulau terpencil di Teluk Bengal, dengan mengatakan bahawa kem-kem tersebut terlalu padat.
Setakat ini, 13,000 orang Rohingya telah dipindahkan ke sebuah pulau yang mana dikatakan oleh sesetanga pengkritik sebagai pulau yang sering dilanda banjir.