PM Ajak Umat Islam Perbanyakkan Baca Al Quran Sempena Nuzul Quran

PM Ajak Umat Islam Perbanyakkan Baca Al Quran Sempena Nuzul Quran

0
SHARE
Anwar
Poster ucapan Selamat Menyambut Nuzul Al Quran dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi Perdana Menteri )

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam untuk bersama memperingati peristiwa Nuzul Quran yang disambut hari ini dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Dengan berbuat demikian, beliau berharap orang yang membacanya bakal memperoleh kelebihan sebagai bekalan di akhirat kelak.

“Kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan ini mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbezaan di antara yang haq dan batil.

“Dalam bulan Ramadan juga terdapat peristiwa besar seperti Perang Badar pada tahun kedua hijrah dan pembukaan kota Makkah pada tahun kelapan hijrah, yang menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

“Saya menggesa semua umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul Quran, dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran al-Karim sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT, yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.

“Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.