KETUA MENTERI SABAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADIK PINTAR AMING

KETUA MENTERI SABAH UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADIK PINTAR AMING

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hj Noor mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Haji Noor mengucapkan takziah kepada keluarga Adik Aming yang telah meninggal awal pagi tadi.

Hajiji dalam satu kenyataan hari ini melalui hantaran pada laman Facebook rasminya berkata; “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.” 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Hj Noor mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming hari ini melalui satu hantaran pada Facebook rasmi miliknya sendiri…

Allahyarham adik Muhammad Aming Salleh Abdullah yang dilaporkan meninggal dunia akibat mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Perkara yang menyedihkan itu disahkan sendiri oleh ibunya, Santi Sabri.

Sebelum ini, Adik Aming sangat dikenali oleh rakyat Sabah khususnya kerana kerap memuat naik video-video berunsur nasihat dan turut tular di laman media sosial.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah antara video-video yang dimuat naik ‘Adik Aming’ di laman media sosial yang menghiburkan semua orang…

Jenazah Allahyarham Adik Aming selesai dikebumikan dengan sempurna tengah hari tadi di Tawau Sabah.

Urusan pengkebumian Adik Aming selesai disempurnakan…

Dalam pada masa yang sama, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan ucapan takziah ke atas pemergian Adik Aming hari ini…