KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 328 dari 3,487 KES baharu positif COVID-19 baharu Sabah hari ini merupakan bayi baru lahir dan kanak-kanak di bawah lima (5) tahun.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka kumulatif adalah kenaikan 264 kes berbanding kelmarin.
“Satu kluster baharu, iaitu Kluster Hamparan turut dikesan di Kinabatangan membabitkan 21 kes.
“Jumlah daerah dengan kes tertinggi, Kota Kinabalu, susut 21 kes dari kemarin tapi daerah Kinabatangan naik (196 kes) dan Sandakan naik (122 kes).
“Daripada kumulatif kes hari ini, 2,159 kes adalah kes daftar lewat manakala 641 adalah warga asing,” katanya.
Majoriti pesakit (2,240 kes) adalah mereka dalam lingkungan umur 18-59 tahun.
Masidi menjelaskan 31 kes melibatkan bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun dan 297 kes adalah kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 5 tahun
“Sebanyak 1992 kes (57 peratus) orang adalah melalui saringan kontak rapat, 856 (25 peratus) melalui saringan bergejala dan 263 (7.5 peratus) adalah kes-keas daripada kluster sedia ada.”
Setakat semalam (Rabu) 33.8 peratus penduduk dewasa Sabah telahpun melengkapkan pengambilan dua (2) dos vaksin dan 54.5 peratus telah diberi satu (1) dos vaksin.
Dalam pada itu, 24,599 kes dicatat seluruh negara pada hari ini yang mana Sabah menjadi negeri kedua tertinggi di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 6,325 kes baharu positif COVID-19 hari ini (26 Ogos).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu -609 (630)
Penampang – 450 (413)
Sandakan – 367 (245)
Kinabatangan – 249 (53)
Tawau – 215 (189)
Papar – 185 (319)
Tuaran – 183 (348)
Keningau – 128 (120)
Lahad Datu – 122 (102)
Telupid – 111 (25)
Putatan – 96 (94)
Beluran – 79 ( 40)
Kalabakan – 75 (22)
Kota Belud – 74 ( 128)
Kota Marudu – 72 (88)
Kudat – 68 (25)
Tongod – 66 (54)
Beaufort – 53 (55)
Tenom – 50 (17)
Ranau – 49 ( 58)
Nabawan – 49 (24)
Pitas – 49 (52)
Kunak – 48 (11)
Tambunan – 24 (8)
Sipitang – 12 (82)
Semporna – 9 (9)
Kuala Penyu – 5 (13)