
PUTRAJAYA – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menandatangani perjanjian Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri (PM), Putrajaya, hari ini.
Pengerusi dan Setiausaha Agong 5 gabungan menandatangani perjanjian itu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Presiden Part Warisan, Datuk Seri Panglima Mod Shafie Apdal.
Bercakap pada majlis itu, Hajiji yakin Kerajaan Perpaduan Malaysia dibawah pimpinan Anwar akan membawa kestabilan politik di negara ini amnya dan Sabah khasnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kanan) yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menandatangani perjanjian Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri (PM), Putrajaya, hari ini…
“Ini adalah sesuatu yang istimewa untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia…
“Kita di Sabah amat memerlukan suasana seumpama ini kerana ia boleh memberi suatu harapan yang begitu baik kepada Sabah terutama dalam aspek ekonomi dan pembangunan, memandangkan Sabah sebuah negeri yang agak besar”.
“Inilah matlamat kita. Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan menjadi Kerajaan yang kuat dan Kerajaan yang diharapkan oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini”, katanya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Setiausaha GRS turut menandatangani perjanjian itu itu mewakili GRS.
GRS merupakan antara 5 gabungan utama yang menyokong Kerajaan Perpaduan Malaysia. Gabungan lain ialah Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan.