KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian Rt-PCR di Parlimen hari ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang berkenaan iaitu Shukri Saad.
“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama TUJUH (7) hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.