PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin mengesahkan akan menyertai PAS.
Memetik sumber Free Malaysia Today, beliau berkata borang keahlian penyertaannya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha pada Sabtu ini.
“Kita juga akan membuka kaunter untuk siapa yang mahu jadi ahli PAS pada Sabtu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Zool turut berkata keseluruhan ahli yang keluar UMNO akan diumumkan dalam satu sidang media yang akan diadakandi kediamannya di Seremban.
Menurutnya, sidang media terbabit akan diadakan selepas sesi penyerahan borang keahlian tersebut.
Dijadualkan Zool bakal mengadakan penyerahan borang keahlian dan sidang media pada jam lima petang Sabtu nanti.
Dalam perkembangan lain, Zool dilaporkan sebelum ini antara yang lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya menjadi punca orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti itu.

“Sumber turut memaklumkan Zool telah dikeluarkan daripada kumpulan sembang aplikasi WhatsApp “Ketua Pemuda Malaysia,” katanya.