KJ Bakal Sertai JDT?

KJ Bakal Sertai JDT?

0
SHARE
KJ
Tangkap layar gambar pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Khairy Jamaluddin ( Sumber Foto: Gambar tangkap layar Instagram Tengku Mahkota Johor )

KUALA LUMPUR – Spekulasi bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mula berlegar di media sosial sejak semalam.

Ini berikutan susulan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik satu hantaran baharu di laman Instagram.

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail seakan memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.

“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail bersama gambar beliau bersama Khairy.

Kenyataan Tunku Ismail itu menghangatkan lagi suasana ketika Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dilaporkan telah dipecat dari parti terbabit.

Sementara itu, Khairy turut membalas hantaran itu di Instagram rasmi beliau dengan gambar yang sama bersama baginda dengan komen: “One door closes, others will open. Rezeki di tangan Allah.”