KKM Sahkan Tidak Ada Varian Baru COVID BA.2.86 Di Malaysia

KKM Sahkan Tidak Ada Varian Baru COVID BA.2.86 Di Malaysia

0
SHARE
Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa ...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan varian baharu COVID-19 BA.2.86 belum dikesan di negara ini.

Memetik sumber Berita Harian, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata meskipun tiada jangkitan direkodkan, KKM akan membuat pemantauan berterusan bagi mengekang penularan varian itu.

Untuk rekod, WHO menyenaraikan varian BA.2.86 sebagai varian di bawah pemantauan (Variant Under Monitoring).

Varian terbabit mempunyai 36 mutasi berbanding dengan varian XBB.1.5.

Pada masa sama, beliau juga menggalakkan individu yang layak menerima vaksin COVID-19 digalakkan segera mendapatkannya.

“Langkah berkenaan sebagai perlindungan selain mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan keterukan gejala.

“Justeru KKM menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka terutama mereka bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan COVID-19,” katanya.

Sabtu lalu, Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) mengenal pasti varian baharu COVID-19 dengan ‘bilangan mutasi yang tinggi’ dikesan di Britain.

Mutasi BA.2.86 itu dikesan membabitkan seorang individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, sekaligus bermakna terdapat penularan ketara dalam komuniti.