KKM Telah Mengesan Variasi B.117 Virus COVID-19 Di Negara Ini

KKM Telah Mengesan Variasi B.117 Virus COVID-19 Di Negara Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pihaknya telah mengesan variasi B.117 virus COVID-19 di dalam negara ini.

Menurut kenyataan itu, virus berkenaan bukan di bawa daripada United Kingdom, sebaliknya virus itu dikesan pada sampel individu warganegara Malaysia yang pulang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Individu itu telah disahkan positif pada 27 Januari 2021 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) selama 10 hari bagi tujuan pengasingan.

Walau bagaimanapun,  individu itu tidak mengalami sebarang gejala dan telah dibenarkan discaj selepas 10 hari.

Setakat ini, KKM akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengesan varian itu dengan mengambil sampel warganegara yang pulang dari negara-negara tertentu.

B.117 mula dikesan di UK dan cepat merebak sehingga perintah berkurung (lockdown) dikuatkuasakan semula.

Setakat ini, vaksin keluaran Pfizer dilapor berkesan terhadap variasi B.117 ini.