Klinik Tangkarason Beluran Ranap, Dewan Serbaguna Jadi Pusat Sementara

Klinik Tangkarason Beluran Ranap, Dewan Serbaguna Jadi Pusat Sementara

0
SHARE
Klinik
Tangkap layer rakaman video kejadian ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

BELURAN, SABAH – Klinik Kesihatan Tangkarason termasuk kuarters pekerjanya yang bersebelahan musnah dijilat api dalam kejadian satu pagi, semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Asits Sanna keseluruhan bangunan klinik dan kuarters yang berstruktur kayu termasuk semua aset dan kelengkapan perubatan serta peralatan telah musnah sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

‘Bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan, semua perkhidmatan akan dipindahkan buat sementara waktu ke Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Seramai empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beluran ke bertindak ke lokasi berjarak kira-kira 215 kilometer dari balai.

Namun, klinik berserta kuarters pekerja berkeluasan 60×30 kaki persegi terbakar 100 peratus semasa pasukan bomba tiba di lokasi.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 100 kaki dua pancutan sumber air dari kolam.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 6.20 pagi dan ditamatkan pada jam 8.26 pagi,” kata seorang jurucakap agensi.