QTSB, SAFODA, Handal Energy Services Tandatangan Kajian Pembangunan Tenaga Lestari Sabah

QTSB, SAFODA, Handal Energy Services Tandatangan Kajian Pembangunan Tenaga Lestari Sabah

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (tiga kiri) bersama Safar (empat kiri), Awang Ahmadsah (dua kiri) dan wakil syarikat terlibat

KOTA KINABALU, SABAH – Qhazanah Technology Sdn Bhd (QTSB) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) diantara Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan Handal Energy Services Sdn Bhd baru-baru ini di Menara Kinabalu, sini.

Ianya turut disaksikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong.

MoU antara QTSB dan SAFODA bagi membuat kajian pembangunan tenaga lestari di Sabah manakala MoU dengan Handal Energy Services Sdn Bhd bagi membuat kajian kebolehlaksanaan, seterusnya pembangunan stesen janakuasa hidro elektrik di Sungai Kuamut dan Sungai Kinabatangan.

Pengerusi QTSB dalam ucapannya, Datuk Awang Ahmadsah Awang Sahari merakamkan terima kasih di atas segala sokongan daripada Kerajaan Negeri Sabah dalam meneroka segmen perniagaan baharu.

“Saya berharap dengan MoU yang dimeterai ini dapat memberi impak positif kepada sosioekonomi negeri Sabah.

“Selain memberi peluang pekerjaan ia juga dijangka dapat membantu kerajaan dalam menangani sedikit sebanyak keperluan bekalan elektrik,” katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif QTSB Mikail Sungiau Abdullah, Pengerusi dan Pengurus Besar SAFODA Datuk Hamild Awang dan Bahrul Rahza Chuprat, Pengerusi Handal Energy Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, Pengurus Besar Liew Seong Yan dan Pengarah Eksekutif Vivian Xu Tian Tian.