KM HAJIJI AJAK RAKYAT TERUS ERATKAN PERPADUAN, PERSEFAHAMAN

KM HAJIJI AJAK RAKYAT TERUS ERATKAN PERPADUAN, PERSEFAHAMAN

0
SHARE
Hajiji
Hajiji bersama jemputan lain melaungkan "Merdeka" pada Karnival Sukan “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” di Padang Pekan Tuaran ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat berbilang kaum di negeri ini terus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang sedia terjalin.

Katanya, dalam kemeriahan menyambut Hari Kemerdekaan, perpaduan dan persefahaman dikalangan rakyat pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama perlu terus ditingkatkan.

Beliau berkata, ini penting bagi memastikan Sabah terus mengecapi kemajuan dan pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh negara dan negeri Sabah…

“Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri ini daripada penjajahan British yang akan disambut buat julung kalinya pada 31 Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” di Padang Pekan Tuaran, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, semangat bersatu padu, setiakawan dan hormat menghormati mampu mewujudkan suasana harmoni, sejahtera dan bersatu padu.

Beliau berharap melalui karnival sukan yang dianjurkan oleh Lions Club Tuaran bukan sahaja memupuk budaya sukan, malah menyemarakkan semangat patriotik dan kemerdekaan dikalangan rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.