KM HAJIJI DIANUGERAHKAN FELO KEHORMAT PERSEKUTUAN KEJURUTERAAN ASEAN

KM HAJIJI DIANUGERAHKAN FELO KEHORMAT PERSEKUTUAN KEJURUTERAAN ASEAN

0
SHARE
Hajiji
Presiden IEM/Pengerusi AFEO Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Luin menyampaikan anugerah kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah dikurniakan dengan Anugerah Felo Kehormat Persekutuan Kejuruteraan ASEAN (AFEO) atas dasar berwawasan dan pemahaman beliau tentang peranan komuniti kejuruteraan.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden IEM/Pengerusi AFEO Ir Prof Dr Jeffrey Chiang Choong Luin di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Setiausaha Agung AFEO, Ir. Prof. Dr David Chuah Joon Huang berkata anugerah itu diberi kepada orang ternama berjawatan tinggi ataupun tokoh terkenal yang telah memberikan sumbangan atau perkhidmatan yang besar dan cemerlang kepada profesion kejuruteraan, Institusi dan negara ASEAN.

“Sumbangan beliau (Hajiji) yang memberi impak kepada pembangunan masyarakat, kemajuan ekonomi, dan tadbir urus yang berkesan menyerlahkan seorang pemimpin yang komited terhadap kebajikan Sabah.

“Tadbir urusnya yang cekap, dasar berwawasan dan pemahaman tentang peranan komuniti kejuruteraan menjadikannya calon yang sesuai untuk pengiktirafan di rantau ASEAN,” katanya.

Diiringi oleh Ketua Pesuruhjaya AER Ir. Simon Yeong Chin Chow dan ahli jawatankuasa IEM Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar Chiang memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai Persidangan AFEO (CAFEO) ke-42 yang akan dihoskan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dari 22 hingga 24 Oktober.

Bertemakan “Mencarta Pertumbuhan ASEAN dengan Transformasi Digital, Kejuruteraan Pintar, dan Penyelesaian Hijau”, CAFEO ke-42 dijangka menarik 1,200 hingga 1,500 peserta.

Anugerah Felo Kehormat AFEO biasanya diberikan sempena majlis perasmian.