Konsert ‘Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat 13...

Konsert ‘Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur’ Bakal Temui Peminat 13 Oktober Ini

0
SHARE
Sal
Dari kiri, Ahmad Jeffny (CEO Kharisma Music/ penganjur) , Sissy Iman , Sal Priadi , Yuka Kharisma (penganjur) , Elsa Laela Dewi (Citilink Airline) - ( Sumber Foto: Kharisma Music )

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan
penulis lagu penuh berbakat Indonesia, Salmanto Ashrizky Priadi atau lebih mesra dengan panggilan Sal Priadi, bakal
menghiburkan peminat kesayangannya di Malaysia pada 13 Oktober ini.

Konsert ‘Sal Priadi Zuzuzaza Live In Kuala Lumpur’ anjuran Kharisma Music itu dijadualkan bakal berlangsung di Dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam lapan malam.

Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny dalam sidang media berkata konsert terbabit merupakan inisiatif pihaknya dalam menghadirkan hiburan secara langsung untuk peminat Sal yang ada di Malaysia dan seluruh rantau Asia.

“Konsert ini merupakan peluang luar biasa bagi peminat untuk menyaksikan sendiri persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu, Sal berkata ini merupakan pengalaman pertamanya mengadakan persembahan berskala besar di Malaysia.

“Saya akan mempersembahkan lagu-lagu dari album kedua saya ‘Markers & Such Pens Flashdisks’ yang mencaritakan tentang semangat kreativiti dan keyakinan untuk mencipta sesuatu yang bermakna,” katanya.