Kota Belud Dilanda Banjir Kilat, 7 Kampung Terjejas

Kota Belud Dilanda Banjir Kilat, 7 Kampung Terjejas

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Sebanyak tujuh kampung di daerah ini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat melebihi tiga jam di Hulu Kadamaian, tengah hari tadi.

Banjir kilat yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu membabitkan Kampung Bobot, Ejuk, Kota Belud, Siasai Tamu, Menunggui, Lingkodon dan Donggoi, susulan hujan lebat sejak jam 8.30 pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al Hamdi Ladin, tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

“Hujan lebat melebihi tiga jam di Hulu Kadamaian menyebabkan beberapa kawasan ‘hotspot’ banjir kilat di daerah itu dinaiki air pada tengah hari tadi.

“Beberapa jalan raya turut dinaiki air iaitu Jalan Tamu, Kampung Bobot dan Lingkodon, di mana ia tidak boleh dilalui kenderaan ringan manakala di Donggoi, ia tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, anggota APM turut melakukan pemantauan di kawasan banjir kilat, selain membantu pelajar sekolah dari kampung yang terjejas banjir dan membuat kawalan lalu lintas.

“Hujan sudah berhenti sekitar jam 3 petang tadi tetapi keadaan air masih tidak berubah,” katanya.