KPKAS Zahirkan Penghargaan Terhadap Kerajaan Negeri Atas Bantuan Sabah Prihatin 3.0

KPKAS Zahirkan Penghargaan Terhadap Kerajaan Negeri Atas Bantuan Sabah Prihatin 3.0

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan negeri Sabah atas Bantuan Sabah Prihatin 3.0 berjumlah lebih RM2.8 juta yang diumum oleh ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam.

Menterinya, Datuk Jafry Ariffin dalam satu kenyataannya hari ini berkata, bantuan khas itu bagi membantu pengusaha industri pelancongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Datuk Jafry Ariffin…

Bantuan itu termasuk ‘one off’ RM300 kepada pemandu pelancongan, penggiat seni, ketua selam, malim gunung dan porter manakala para pengusaha penginapan juga tidak terkecuali sebagai penerima.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin dalam memastikan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi khasnya sektor pelancongan diberi bantuan yang sewajarnya…

“Dalam pada itu, kementerian akan meningkatkan lagi kerjasama dengan semua pengusaha pelancongan sekaligus meningkatkan keberkesanan pengagihan bantuan kepada pengusaha yang terjejas,” kata Jafry.