MPWS Sambut Baik Keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah Di Bawah Pimpinan KM Hajiji

MPWS Sambut Baik Keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah Di Bawah Pimpinan KM Hajiji

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) menyambut baik keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas inisiatif Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM 154,835,981 juta.

Pengerusi MPWS Datuk Dr Hajah Tarsiah Tz Taman berkata inisiatif kerajaan itu tepat pada masanya memandangkan situasi ekonomi rakyat yang agak kurang memberansangkan dan amat memerlukan sokongan kewangan pada ketika ini.

“Tambahan lagi terdapat beberapa kawasan atau penempatan mulai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mahupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyukarkan komuniti di kawasan ini mencari pendapatan bagi menyara kehidupan seharian…

“Saya juga ingin menyeru kepada para ibu tunggal yang belum mendaftarkan diri di sistem Digital Electronic Women Information (DEWI) atau dulu dikenali sebagai WISE untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat diri di sistem berkenaan yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah bagi memudahkan kerajaan mencapai mereka bagi tujuan pembangunan ibu tunggal,” katanya.

Pengerusi MPWS, Datuk Dr Hajah Tarsiah Tz Taman…

Selain itu Tarsiah juga mengalu-alukan wanita asal Sabah dalam bidang pengurusan dan professional turut mendaftarkan diri dalam sistem ini untuk tujuan data maklumat kepimpinan wanita sabah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasi bagi pihak 4,909 ibu tunggal yang akan menerima bantuan sebanyak RM 300 ‘one-off’ berjumlah RM 1,472,700.00 secara kesulurahannya…

“Perkara ini membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri tidak meminggirkan golongan rakyat yang berdepan dengan masalah kos sara hidup lebih-lebih lagi dalam menghadapi pandemik COVID-19,” tambah beliau.