Polis Tunggu Hasil Bedah Siasat Kes Anak Ahli Perniagaan Ditemui Mati

Polis Tunggu Hasil Bedah Siasat Kes Anak Ahli Perniagaan Ditemui Mati

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis menunggu hasil bedah siasat anak seorang ahli perniagaan terkemuka yang ditemui mati di rumahnya di Jalan Lintas semalam.

Mangsa seorang lelaki, 42, yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidurnya oleh ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat pada pukul 6 petang.

Difahamkan bapa kepada mangsa merupakan pemilik syarikat perkapalan dan rantaian hotel di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata keputusan saringan Covid-19 harus disahkan terlebih dahulu sebelum proses bedah siasat dilangsungkan.

Datuk Hazani Ghazali…

“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan lanjut…

“Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian atau pada tubuh badan mangsa,” kata beliau.

Kes terus disiasat di bawah kematian mengejut (Sudden Death Report).