KPWK, KKM Bekerjasama Lancarkan Proses Vaksinasi Kanak-Kanak

KPWK, KKM Bekerjasama Lancarkan Proses Vaksinasi Kanak-Kanak

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan kelancaran proses pemberian vaksin melibatkan kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama tersebut akan melibatkan persatuan-persatuan tadika di Sarawak dan mereka juga akan melantik kakitangan untuk menjalankan koordinasi.

“Proses pemberian vaksin kepada kanak-kanak itu juga akan dilaksanakan menerusi dua cara, pertama bagi tadika yang berdekatan mereka boleh pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan…

“Manakala cara kedua adalah, mewujudkan program vaksinasi secara berkelompok (menggabungkan dua hingga empat tadika) dan memberikan vaksin hanya di satu tempat sahaja,” katanya.

Datuk Seri Fatimah Abdullah…

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) Bil.1/2022 di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini semalam.

Untuk rekod, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sebelum ini memaklumkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (Pickids) yang bermula pada 7 Febuari lalu terlebih dahulu melibatkan kanak-kanak di sekolah atau prasekolah iaitu mereka yang berusia 5 hingga11 tahun.

Manakala, bagi kanak-kanak di tadika yang lain, pemberian vaksin dijangkakan bermula pada Mac ini.