BELGRADE, SERBIA – Seekor kucing di Serbia setia menemani pemiliknya yang sudah meninggal dunia dua bulan lalu.
Memetik laporan Harian Metro, kucing itu adalah milik agamawan Sheikh Muamer Zukorli yang terus setia menemani pemiliknya yang sudah meninggal dunia November lalu.
Haiwan itu dikatakan akan melawat kubur tuannya setiap hari.
Pengguna Twitter @Lavedar berkongsi gambar kucing itu yang duduk di tepi kubur pemiliknya sebelum ciapan itu tular.
Berdasarkan ciapan itu, Sheikh Muamer Zukorli dikatakan meninggal dunia pada 6 November lalu.
Sejak itu, kucing milik agamawan itu tidak pernah gagal ‘menziarahi’ kubur tuannya.
Kucing itu dikatakan akan berjalan atau duduk berhampiran kubur dan gambar yang tular mengundang sebak netizen.
Kucing berwarna coklat itu terus setia dan akan berada berdekatan kubur pemiliknya sejak hari kematian agamawan itu.
Ciapan berkenaan kemudiannya diulang ciap oleh ribuan pengguna Twitter yang terharu dengan kesetiaan haiwan itu.