MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA OKU DAN ASNAF: KM HAJIJI

MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA OKU DAN ASNAF: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor beramah mesra bersama OKU dan Asnah pada Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf di Dewan Hadhari MBR Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan
Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan
Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke 7 di Dewan Hadhari MBR dekat sini, semalam.

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga
menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60,000 daripada
Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis
MBR.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran.