Kerana Takut Berubat, Lelaki Terjun Parit

Kerana Takut Berubat, Lelaki Terjun Parit

0
SHARE
Tangkap layar menunjukkan situasi kejadian ketika seorang lelaki dilaporkan terjun ke dalam parit kerana tidak mahu dibawa berubat.

JAKARTA, INDONESIA – Seorang lelaki Indonesia terpaksa diselamatkan anggota tentera apabila beliau bertindak terjun ke dalam sebuah parit, hanya disebabkan beliau takut untuk mendapatkan rawatan.

Menurut laporan laman berita Suara.com kelmarin, kejadian tersebut tular menerusi satu klp rakaman klip video di media sosial Instagram, dimana orang ramai dilihat berkumpul di tepi sebuah parit untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Sementara itu, beberapa penduduk juga dilihat cuba membantu lelaki berkenaan untuk naik ke atas darat.

Difahamkan, lelaki yang mengalami sakit mata itu pada awalnya sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.

Namun, dia dikatakan berat hati untuk mendapatkan rawatan dan secara tiba-tiba terjun ke dalam parit tersebut.

Video itu tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Semoga pakcik sembuh dan anak yang menjaganya diberi kesabaran dan pahala yang besar atas jasanya,’’ kata seorang netizen.

“Mungkin dia terjatuh dan bukan terjun kerana matanya sakit,” kata netizen yang lain.