Kunjungan Hormat Panglima Tentera Laut Malaysia

Kunjungan Hormat Panglima Tentera Laut Malaysia

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Laut Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Kunjungan di Istana Seri Kinabalu semalam bertujuan untuk menzahirkan pemakluman secara rasmi kepada Tun Juhar berkaitan persaraannya pada 1 Disember depan.

Abdul Rahman yang dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Malaysia pada 27 Januari 2023 dijangka membuat penyerahan tugas pada 1 Ogos ini kepada penggantinya.

Ketika ditemui media, beliau turut memaklumkan bahawa tahap keselamatan kawasan perairan negeri Sabah dalam keadaan terkawal dan baik serta Tentera Laut akan sentiasa memastikan aset-aset yang ada dapat melaksanakan tugas tanpa sebarang masalah.

Dalam kunjungan tersebut, beliau diiringi oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Muda Dato’ Khir Junaidi Idris. — *JABATAN PENERANGAN SABAH*