Briged Negaraku Negeri Sabah Sumbang 100 Set Keperluan Asas Mangsa Banjir

Briged Negaraku Negeri Sabah Sumbang 100 Set Keperluan Asas Mangsa Banjir

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Briged Negaraku Negeri Sabah menyumbangkan 100 set keperluan asas untuk mangsa banjir kepada Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir Daerah Penampang.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusinya, Nurul Fadzilah Noordin kepada urusetia pusat tersebut, Carmen Meldan di di sini, pada Khamis.

Menurut beliau, sumbangan yang berupa bakul makanan, air minuman dan bantal itu bertujuan untuk meringankan beban penduduk yang terjejas banjir.

“Pada hari ini (semalam), kita datang menyampaikan bantuan pertama dan pada masa yang sama kita turut mendapatkan sedikit maklumat daripada petugas-petugas di pusat ini tentang bantuan dan keperluan yang mereka perlukan.

“Kita percaya masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuan bukan hanya di kawasan Penampang malah di kawasan-kawasan lain yang turut terkesan dengan musibah yang berlaku baru-baru ini.

“Selepas ini, kita akan salurkan lagi bantuan sepertimana yang pusat ini perlukan dan melalui platform badan bukan kerajaan (NGO) ini kami juga menyeru dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk sama-sama membantu dalam meringankan beban mangsa yang terkesan oleh musibah ini,” ujarnya kepada media. — *JABATAN PENERANGAN SABAH*