Geng Samun Warga Asing, Bersenjata Parang Tumpas

Geng Samun Warga Asing, Bersenjata Parang Tumpas

0
SHARE
Foto: PDRM Tawau

TAWAU: Polis Tawau menahan sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun berkumpulan menggunakan senjata parang baru-baru ini di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, seramai empat orang lelaki (suspek) berusia lingkungan 23 hingga 41 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa yang didatangi sekumpulan suspek itu telah dipukul dan ditetak di tangan kiri menggunakan senjata perang dan motosikal jenis Benelli 150 milik mangsa turut dilarikan suspek. 

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau telah berjaya menahan kesemua suspek di kawasan yang berlainan dan dibawa ke IPD Tawau bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media di sini, hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut turut mendapati tiga orang suspek adalah warga asing yang tinggal di negara ini tanpa memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan salah seorang dari suspek memiliki sembilan rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah. 

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersenjata.