Pemandu Viva Maut Bertembung Hilux Di Jalan CKS Tuaran

Pemandu Viva Maut Bertembung Hilux Di Jalan CKS Tuaran

0
SHARE
Bomba
Keadaan kenderaan mangsa yang dipotong bagi mengeluarkannya ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Pemandu sebuah Perodua Viva maut tersepit dalam kenderaan itu selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Jambatan Batangan, Jalan CKS Tuaran awal pagi tadi.

Menurut sumber, identiti mangsa ialah Mohammad Fazley Sagih beralamat di Kampung Bintuka, Beaufort.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 6.44 pagi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa berusia 30 tahun itu berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Pemandu Toyota Hilux Vigo berusia 48 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata jurucakap agensi penyelamat itu.

Operasi membabitkan 10 anggota ditamatkan pada pukul 7.30 pagi.