KENINGAU: Kelab Belia Keningau menyambut baik pengumuman penambahan 10 kuota khas Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi golongan belia di setiap kawasan DUN mulai tahun depan.
Pengerusinya, Syafiee Ludi berkata, langkah itu tepat dan membantu belia, khususnya pasangan muda yang baru berkahwin atau bekerja, memiliki rumah sendiri.
Katanya, inisiatif itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap cabaran kos sara hidup dan kemampuan memiliki rumah dalam kalangan generasi muda.
Beliau turut menyatakan komitmen Kelab Belia Keningau untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan golongan muda mendapat maklumat dan peluang sama rata memohon skim tersebut.
“Kami yakin kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan belia demi masa depan Sabah,” katanya.






