Lafaz Cerai Fazura Hari ini “Tidak Terjadi, Masih Sayang” – Fattah Amin

Lafaz Cerai Fazura Hari ini “Tidak Terjadi, Masih Sayang” – Fattah Amin

0
SHARE

SHAH ALAM: Sebutan kes permohanan cerai oleh pelakon, Nur Fazura Sharifuddin ke atas suaminya, Fattah Amin telahpun berlangsung pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Sewaktu ditemui pemberita selepas sebutan berakhir, Fattah, 34 kekal tenang biarpun digasak dengan pelbagai pertanyaan.

“Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan hari ini. Saya mohon daripada semua untuk doakan yang terbaik untuk kami,” katanya, memetik laporan Remaja.

Katanya lagi, dia bersedia untuk mengekalkan rumah tangganya dan belum bersetuju untuk bercerai secara baik. Bagaimanapun, Fattah tetap menghormati prosedur mahkamah yang sedang berlangsung.

Baginya, sebarang keputusan yang akan dibuat, terma-terma yang ingin dipersetujui serta kenyataan yang akan dikeluarkan perlu mengikut cara yang betul.

“Saya masih lagi berpegang kepada kenyataan saya yang sebelum ini. Masih sayangkan (Fazura dan rumah tangganya),” ulasnya.

Fattah sebelum ini berkata, dia hanya mengetahui tentang keinginan isterinya untuk memfailkan penceraian melalui media sosial pada Jumaat, 13 September lalu.

Apabila ditanya sekiranya Fattah telah melafazkan penceraian di dalam mahkamah pagi ini, Fattah menafikannya dan berkata, “Tidak terjadi, tidak terjadi.”

Mahkamah hari ini kemudian menangguhkan kes permohonan penceraian ke 7 Oktober 2024 untuk memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan memutuskan jalan penyelesaian terbaik termasuklah keputusan sama ada bagi meneruskan penceraian ataupun tidak.

Pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.