Lagenda Badminton Negara, Misbun Sidek Kembali Ke BAM

Lagenda Badminton Negara, Misbun Sidek Kembali Ke BAM

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila telah dilantik sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, hari ini.

“Misbun memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain perseorangan lelaki terbaik Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ketika membimbing (Datuk) Lee Chong Wei. Saya juga mahu jurulatih yang dihormati oleh semua pemain terutama Chong Wei,” katanya.

“Misbun akan melapor diri selepas sambutan Aidilfitri,” tambah Norza.

BAM turut mengumumkan Misbun akan dibantu oleh Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairol Amar Ayob.

Badan induk itu juga turut menamakan empat lagi ketua jurulatih lain iaitu Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).

Kesemua mereka akan melaporkan diri kepada Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.