Wanita USIA KK Komited Santuni Mualaf

Wanita USIA KK Komited Santuni Mualaf

0
SHARE
Usia
Nirma (tiga kiri) ketika acara simbolik perasmian ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Kota Kinabalu komited menyantuni golongan mualaf sebagai usaha dakwah.

Ketua Wanita USIA KK, Nirma Habibi berkata pihaknya menekankan kerjasama berpasukan dalam mencapai objektif membantu golongan tersebut menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

“Kita rapatkan hubungan agar pendekatan ini memudahkan mereka mencari hala tuju mendapatkan bantuan dan pengetahuan khususnya yang berkaitan ilmu agama.

“Kita juga mempunyai Biro Usahawan Wanita USIA yang banyak membantu melaksanakan program-program bermanfaat untuk masyarakat termasuk di Kota Kinabalu,” katanya semasa Majlis Riang Ria Shawal dan Silaturahim Wanita USIA KK Bersama Saudara Baru @ Mualaf 2024 di sini, pada Sabtu.

Pada majlis yang diserikan dengan pertunjukan fesyen muslimah, cabutan bertuah dan pertandingan anyaman ketupat itu, Wanita USIA KK menyantuni seramai 20 mualaf antaranya daripada Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita. — JABATAN PENERANGAN SABAH