Tiga Maut, Tiga Hilang Dikhuatiri Dihanyutkan Kepala Air

Tiga Maut, Tiga Hilang Dikhuatiri Dihanyutkan Kepala Air

0
SHARE

LAHAD DATU: Tiga maut, manakala tiga lagi masih hilang dikhuatiri hanyut akibat tragedi kepala air di Lembah Maksina Makuau, Tungku, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, seramai 17 mangsa berusia lingkungan 25 hingga 58 tahun itu dikatakan masuk ke kawasan berkenaan untuk melakukan aktiviti hiking.

Dilaporkan kesemua mangsa telah dihanyutkan oleh kepala air sehingga menyebabkan enam hipang, dua cedera dan sembilan mangsa lagi terperangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.28 malam.

“Panggilan kecemasan dibuat oleh dua mangsa yang berjaya keluar sendiri daripasa kawasan kejadian untuk mendapatkan bantuan.

“Pasukan operasi berjaya tiba di lokasi kejadian pada jam 9.36 malam dan operasi mengeluarkan sembilan mangsa terperangkap terus dijalankan.

“Tiga jasad sudah ditemui tertimbus di bawah kayu balak pada jam 1.37 pagi dan operasi mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan pasukan operasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga identiti mangsa yang ditemui masih belum dapat dikenal pasti dan usaha mencari tiga lagi mangsa hilang sedang giat dijalankan.

“Sembilan mangsa membabitkan enam lelaki, tiga wanita berjaya dibawa keluar tengah malam, semalam.

“Dua mangsa yang cedera terus diberikan rawatan oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian disambung pagi tadi oleh pasukan bomba dari BBP Lahad Datu serta bantuan dari PDRM, APM dan Jabatan Perhutanan.