Tahlil, Doa Kesyukuran Maulidur Rasul 1444H

Tahlil, Doa Kesyukuran Maulidur Rasul 1444H

0
SHARE
Tun Juhar (lima dari kanan) menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah...

SANDAKAN, SABAH – Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Tahun 1444H/2022 berlangsung tenang.

Dihadiri kira-kira 700 jemaah, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Daerah pada Sabtu, Tun Juhar diiringi Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk turut serta dalam majlis bacaan Yasin serta doa kesyukuran dipimpin Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Antara yang hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin, Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu, Rafail Walangitan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.