SANDAKAN, SABAH – Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Sandakan pada jam 12.26 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataaan di sini berkata, lokasi gempa bumi terletak 5.7 utara dan 117.5 timur, 25km barat daya dari Beluran, Sabah dan 267km barat laut dari Tarakan, Indonesia.
Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar Sandakan dan Beluran, Sabah, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
– Bernama