Lagi 11 Kes COVID-19 Melibatkan Varian Omicron Di Kesan Dalam Negara Ini...

Lagi 11 Kes COVID-19 Melibatkan Varian Omicron Di Kesan Dalam Negara Ini – KKM

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 lagi kes COVID-19 yang melibatkan varian baharu membimbangkan (VOC) iaitu Omicron dikesan dalam negara ini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua kes yang dikesan membabitkan varian berkenaan mendapat jangkitan dari luar negara.

“Masing-masing tiga kes dari United Kingdom dan Amerika, masing-masing dua dari Nigeria dan Arab Saudi serta satu dari Australia…

Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah…

“Kes yang dikesan itu membabitkan SEMBILAN (9) warganegara Malaysia dan DUA (2) warganegara Nigeria…

“LAPAN (8) daripada mereka mempunyai gejala iaitu dalam Kategori Dua manakala TIGA (3) lagi kes tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.