
Seluruh wakil parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka akan membuat laporan Polis ke atas Azis Jamman susulan tuduhannya menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti ‘Firaun’.
Laporan Polis tersebut akan dibuat di balai Polis seluruh Sabah bagi mendesak pihak Polis mengambil tindakan mengikut akta fitnah dan hasutan ke atas Azis.
Terkini satu lagi laporan polis telah dibuat oleh Ketua Penerangan PGRS N68 Apas, Shamry Mohd Sani di balai Polis Tawau, Sabah.
Selain Shamry laporan Polis itu turut disertai bersama-sama 5 Ahli Jawatankuasa Bahagian & 4 Ahli Cawangan Gagasan Rakyat (PGRS) N68 APAS Balai Polis Tawau pada hari ini rabu, 05 Jun.
Menurut Shamry kenyataan Azis Jamman sangat berniat jahat seolah-olah GRS itu kerajaan yang zalim dan disamakan dengan ‘Firaun’, manakala pemimpin-pemimpin warisan adalah seperti Nabi Musa.
VIDEO tular yang jelas menunjukkan Azis berniat jahat dengan mengimplikasi GRS sebuah kerajaan yang zalim sehingga disamakan dengan firaun…
“Ucapan Azis Jamman ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi menyampaikan sebuah ceramah politik bagi meraih undi dengan ulasan yang tidak sepatutnya diguna pakai dalam penyampaiannya. Seolah-olah sudah ketandusan idea dan mula bermain dengan isu agama bagi membangkitkan kemarahan orang ramai.
“Provokasi menyentuh isu perkauman dan agama ini sering dimainkan ahli politik sebagai petanda gendang pilihanraya sudah semakin dekat, maka kita sebagai rakyat Sabah sendiri sudah fahamkan bagaimanakah wajah sebenar ahli politik ini?”.
“Oleh itu kita menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian”.
Shamry berkata lagi: “kita faham Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun dari sekarang, mana-mana pihak bebas untuk berkempen tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai ‘Firaun’ kerana Firaun adalah sejahat- jahat manusia.”
Justeru pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara sepatutnya mengambil tindakan ke atas Azis dengan membawa kes ini ke mahkamah agar menjadi pengajaran kepada ahli-ahli politik lainnya untuk tidak mencontohi tindakan Azis.
Dua hari lalu laporan Polis ke atas Azis turut dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Penerangan Gagasan Rakyat Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang.






