Bayi Maut Terbakar, Ibu Silap Tidurkan Dalam ‘Oven’

Bayi Maut Terbakar, Ibu Silap Tidurkan Dalam ‘Oven’

0
SHARE
Foto Ihsan: Daily Express US

WASHINGTON: Seorang bayi berusia satu bulan maut selepas ibunya tersilap meletakkannya di dalam ‘oven’ (ketuhar) untuk ditidurkan.

Insiden itu berlaku pada petang Jumaat lalu apabila pegawai polis di Missouri bertindak atas laporan mengenai bayi tidak bernafas.

Lapor ndtv, apabila mereka tiba di rumah mereka di Kansas City, mereka menyedari badan bayi tersebut sudah melecur dan tidak sedarkan diri.

“Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” jelas polis yang turut menyifatkan kejadian tersebut adalah mengerikan.

Ketika siasatan, ibu bayi itu didapati secara tidak sengaja meletakkan bayi berkenaan di dalam ketuhar dan bukannya diletakkan di atas katil bayi untuk ditidurkan sebentar.

Dilaporkan pakaian bayi termasuk lampin dan selimut turut hangus terbakar dan lokasi kediaman itu juga berbau asap. 

Sementara itu, ibu bayi, Mariah Thomas, 26 tahun telah didakwa atas kesalahan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak.

Menurut pihak pendakwaan, Thomas menghadapi pertuduhan jenayah kelas A membabitkan kematian kanak-kanak dan kini sedang ditahan di Pusat Tahanan Jackson County.