Rakyat Sabah Wajar Bangga Dapat Raikan Kepelbagaian Perayaan Budaya – Jahid

Rakyat Sabah Wajar Bangga Dapat Raikan Kepelbagaian Perayaan Budaya – Jahid

0
SHARE
Jahid
Beberapa penduduk dan tetamu yang hadir mengambil peluang bergambar bersama Jahid (tengah) - ( Sumber Foto: Ihsan Pejabat KPLB Sabah )

TUARAN, SABAH – Rakyat Sabah daripada pelbagai kaum wajar untuk sentiasa berbangga kerana dapat hidup dalam keadaan aman harmoni sambil meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan yang ada.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, perkara seumpama itu adalah wajah sebenar negeri Sabah yang tidak mengira agama, suku kaum, aliran politik, semua sama dalam satu perayaan yang diraikan.

“Ini harus kita teruskan, begitu juga budaya saling menghormati dan toleransi kaum yang membolehkan kita menyambut pelbagai perayaan dalam suasana harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Bukit Giling, dekat sini pada Isnin.

Turut hadir Ketua Daerah Tamparuli, OKK Jular Harung, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bukit Giling, Madingki Koboh.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, berkata, rakyat seharusnya bersyukur kerana dapat meraikan kepelbagaian dari segi kaum dan budaya, oleh itu elakkan persengketaan, sebaliknya meneruskan budaya saling menghormati.

“Jangan kita terpengaruh dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyemai kebencian sesama kita, tetapi teruskan semangat saling membantu sesama kita,” katanya.

Jahid turut memuji usaha penduduk kampung untuk mengadakan program tersebut, dengan harapan mudah-mudahan usaha tersebut akan menjadi ikutan serta dorongan kepada masyarakat mengikut kawasan masing-masing.