Polis Kekalkan Strategi ‘Snap Check’ Sepanjang PKP 3.0 Dalam Mengekang Penularan COVID-19

Polis Kekalkan Strategi ‘Snap Check’ Sepanjang PKP 3.0 Dalam Mengekang Penularan COVID-19

0
SHARE
Datuk Seri Hazani Ghazali...

KOTA KINABALU, SABAH – Strategi ‘snap check’ akan dikekalkan pihak polis sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata jumlah kompaun tinggi yang dikeluarkan pihak penguatkuasa sejak kebelakangan ini bukti keberkesanan kaedah tersebut.

“Pasukan pemantau pihak polis sekarang menumpu pada kawasan kes yang tinggi…

“Kita mendapati kesalahan paling kerap adalah tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hazani membidas berita palsu mengatakan hampir semua anggota dan pegawai polis di Wilayah Labuan dijangkiti COVID-19.

“Hari ini hanya 15 pegawai dan anggota di Sabah termasuk Labuan disahkan positif COVID-19 dan mereka kini menjalani proses kuarantin termasuk 150 yang lain…

“Lebih 8000 pegawai dan anggota polis Sabah iaitu merangkumi 85 peratus keseluruhan pasukan telah menerima kedua-dua dos suntikan vaksin mereka.

“Kita tak lumpuh lagi…dulu pun selepas Pilihan Raya Negeri hampir 1000 anggota dijangkiti tapi kita tetap teruskan amanah kerja,” katanya.

Beliau ditemui selepas memberi taklimat kepada Ketua Menteri Sabah tentang kawalan keselamatan sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kepayan sini.

Katanya Datuk Seri Hajiji Noor berpuas hati dengan gerak kerja Polis Sabah bersama dengan agensi lain dalam usaha memastikan penduduk terus patuh pada SOP.