JKNS Laporkan Sedikit Peningkatan Kes COVID-19 Dan Satu Kluster Baharu Di Sabah

JKNS Laporkan Sedikit Peningkatan Kes COVID-19 Dan Satu Kluster Baharu Di Sabah

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 10 Jun 2021...(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaporkan jumlah kes positif baharu COVID-19 kelmarin (Khamis) adalah sebanyak 233 KES, iaitu peningkatan sebanyak satu (1) kes dari sebelum ini pada Rabu.

Menurut Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, SATU (1) kematian dilaporkan di daerah Semporna.

Tambahnya, terdapat lagi SATU (1) kluster baharu di Kg Lobou, Kota Kinabalu yang mencatat tujuh (7) kes

Kluster tersebut berpunca dari upacara keagamaan di gereja SIB Kg Lobou, Menggatal sepanjang 16 hingga 23 Mei.

“Kes indeks merupakan kakitangan awam, lelaki, 35, juga ahli gereja yang disahkan positif dalam saringan bergejala di sebuah klinik swasta, sebelum dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Kota untuk rawatan lanjut…

“Hasil saringan daripada 62 sampel, 15 sampel dikesan positif, sementara 19 sampel negatif dan 28 lagi sedang menunggu keputusan,” ulas beliau.

Sementara itu, Sebanyak 90 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.

Masidi menggalakkan lebih ramai mendaftarkan diri untuk divaksin menggunakan aplikasi MySejahtera, secara dalam talian ataupun laman sesawang.

“Terdapat 1,700 pendaftaran penerima vaksin pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 586,927,” beliau berkata lagi.