
KOTA BELUD, SABAH – Seorang lelaki berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang tubuhnya setelah kenderaan Toyota Vigo yang dipandunya terlanggar seekor kerbau berhampiran stesen minyak Petronas Pangkalan Abai sini awal pagi tadi.
Namun, nasib buruk mangsa, Yong Li Pang, berakhir selepas beliau terbabas masuk ke dalam gaung berhampiran yang sedalam lima meter.
Pusat Gerakan Bomba dan Operasi Sabah berkata mangsa lelaki terlibat mengalami kecederaan di bahagian belakang dan dikeluarkan oleh pasukan bomba.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada petugas kesihatan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap dalam sebuah laporan operasi.
Menurutnya, seramai 11 anggota bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 pagi.
“Operasi tamat pada jam 4.42,” katanya.