Lelaki Cuba Bunuh Diri Sempat Dipulihkan

Lelaki Cuba Bunuh Diri Sempat Dipulihkan

0
SHARE
Mangsa tidak sedarkan diri ketika ditemui - Foto Ihsan Bomba Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki yang cuba mengambil nyawa sendiri di Taman Sepanggar sini sempat dipulihkan dengan kerjasama pasukan penyelamat semalam.

Insiden pada kira-kira pukul 12 malam itu dilaporkan oleh adik mangsa yang telah dikunci di luar sebuah rumah di Lorong Mempelam 2C.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, pengadu tersebut terus menghubungi talian MERS999 ketika abangnya mengugut untuk membunuh diri.

“Pasukan Bomba bertindak membantu pihak Polis untuk membuka pintu pagar dan pintu hadapan rumah…

“Mangsa ditemui terbaring di dalam rumah bahagian ruang tamu dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam sebuah laporan.

Pasukan Ambulans yang tiba memberikan rawatan awal dan berjaya menyedarkan lelaki berusia 38 tahun itu.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 1 pagi.