Lelaki Dipercayai Pengintip Israel Ditahan Dengan Enam Pistol Di Kuala Lumpur

Lelaki Dipercayai Pengintip Israel Ditahan Dengan Enam Pistol Di Kuala Lumpur

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki Israel bersenjatakan enam pistol dan 200 peluru di sebuah hotel sini kerana disyaki sebagai seorang pengintip.

Lelaki berusia 36 tahun itu telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac menggunakan apa yang pihak berkuasa dipercayai pasport Perancis palsu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek telah menyerahkan pasport Israel selepas disoal siasat.

“Polis sedang menyiasat kemungkinan lelaki itu menjadi anggota perisikan Israel, walaupun suspek memberitahu pihak berkuasa dia telah memasuki Malaysia untuk memburu seorang lagi warga Israel kerana pertikaian keluarga.

“Bagaimanapun, kami tidak mempercayai sepenuhnya naratif ini kerana kami mengesyaki mungkin ada agenda lain,” kata Razarudin dalam sidang media pada Jumaat.

Dalam perkembangan terkini, sepasang suami isteri tempatan yang disyaki membekalkan senjata api menggunakan mata wang kripto terbabit telah ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor jam 7.15 malam tadi.

Selepas ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor, di mana mereka menemui sepucuk pistol dalam beg galas di dalam kereta Honda Jazz mereka.